KUALA LUMPUR — Barisan kepimpinan tertinggi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah membawa suara serta aspirasi warga usahawan menerusi Sesi Libat Urus Belanjawan bersama YAB Perdana Menteri yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam sesi strategik tersebut, Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon (mewakili NCCIM), bersama Timbalan Presiden DPMM, En. Dzahir Jamudin (mewakili DPMM), serta Setiausaha Agung DPMM, Dato’ Mazrol Nizam bin Abdullah (mewakili MTEM), telah mengemukakan beberapa cadangan penting bagi memperkukuh daya saing syarikat tempatan serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Antara cadangan utama yang diketengahkan merangkumi:
-
Memaksimumkan Manfaat CPTPP & RCEP: Peningkatan penggunaan keistimewaan tarif, latihan Rules of Origin (ROO), pendigitalan Sijil Asal, serta sokongan pematuhan dan pensijilan.
-
Peluang Projek Strategik Nasional: Memperluas penglibatan syarikat tempatan dalam pembangunan Bandar Malaysia merangkumi sektor pembinaan, infrastruktur, tenaga, digital, mobiliti, dan perkhidmatan profesional.
-
Dana Pertumbuhan Strategik: Penubuhan Dana Bumiputera Scale-Up & Strategic Growth Facility bernilai RM500 juta sebagai modal pemangkin (catalytic capital) bagi membantu syarikat Bumiputera berpotensi mendapatkan modal untuk kontrak berskala besar, teknologi, pengambilalihan, serta pengembangan ke pasaran antarabangsa.
Kesemua cadangan ini membawa satu matlamat kolektif—menjadikan Belanjawan negara sebagai pemangkin utama kepada pertumbuhan syarikat tempatan, peningkatan eksport, mobilisasi modal swasta, serta pembentukan lebih banyak entiti perniagaan Malaysia yang mampu berdaya saing di peringkat serantau dan global.
DPMMPk sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan pusat dalam memastikan suara dan kepentingan usahawan terus diangkat ke peringkat penggubalan dasar demi mewujudkan ekosistem ekonomi Malaysia yang lebih kukuh dan inklusif.
Sumber asal dipetik dan dikreditkan daripada portal rasmi pusat: dpmm.org.my
#DPMMPK #DPMM #DewanMelayuPerak #LibatUrusBelanjawan #BelanjawanMalaysia #EkonomiMalaysia #UsahawanPerak #NCCIM #MTEM #BandarMalaysia #CPTPP #RCEP


