IPOH — Seluruh barisan kepimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan tertinggi pusat yang baru sahaja mendapat mandat penuh daripada para perwakilan sempena Pemilihan Jawatan Presiden, Timbalan Presiden, dan Naib Presiden di Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Ke-57 yang telah berlangsung baru-baru ini.
Barisan kepimpinan baharu yang telah diamanahkan untuk menerajui kepimpinan pusat adalah seperti berikut:
-
Presiden: Norsyahrin Bin Hamidon
-
Timbalan Presiden: Dzahir Bin Jamudin
-
Naib Presiden:
-
Yusri Bin Yusof
-
Tn. Hj. Ar. IDr. Mohd Azli Bin Md Yusof
-
Tn. Hj. Farosham Bin Naizamohideen
-
DPMMPk mendoakan semoga amanah dan tanggungjawab yang di pikul ini dapat digalas dengan penuh integriti, dedikasi, serta komitmen yang tinggi dalam memperkukuh peranan DPMM sebagai wadah utama memperjuangkan agenda ekonomi serta pembangunan usahawan Melayu di peringkat nasional.
Semoga kepimpinan baharu ini terus dipermudahkan segala urusan dan berjaya membawa DPMM ke arah puncak kecemerlangan yang lebih gemilang. Selamat menjalankan amanah!
Sumber asal dipetik dan dikreditkan daripada portal rasmi pusat: dpmm.org.my
#DPMMPK #DPMM #DewanMelayuPerak #MesyuaratAgungTahunan57 #MAT57DPMM #KepimpinanDPMM #Tahniah #DewanPerniagaanMelayuMalaysia #UsahawanPerak


