BARISAN KEPIMPINAN BAHARU DPMMPK: TERUS MEMACU KECEMERLANGAN USAHAWAN PERAK

19 Ogos 2026 – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) komited meneruskan agenda pemerkasaan usahawan Melayu susulan pelantikan rasmi barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu yang telah dimuktamadkan menerusi mesyuarat dewan.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan baharu yang mendapat mandat. Didoakan agar barisan baharu ini terus dipermudahkan urusan serta berdedikasi tinggi dalam memacu dewan ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing.

Pihak dewan juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan AJK terdahulu atas segala jasa bakti dan pengorbanan sepanjang perkhidmatan. Semoga terus maju jaya!

Terus ikuti info dan perkembangan terkini kami di platform rasmi DPMMPk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *