PELANCARAN LAMAN WEB RASMI DPMM NEGERI PERAK

Dalam usaha mendepani arus pendigitalan moden serta memperkasakan penyampaian maklumat yang lebih cekap dan sistematik, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) dengan berbesarnya mengumumkan pelancaran Laman Web Rasmi DPMM Negeri Perak sebagai pusat sehenti (one-stop centre) bagi segala sumber dan info rasmi dewan.

Laman web baharu ini dibangunkan khusus untuk menjadi medium perantara utama bagi para ahli, komuniti usahawan, rakan strategik, dan orang ramai untuk mendapatkan akses pantas terhadap laporan aktiviti, program terkini, serta pengumuman rasmi daripada pihak dewan. Langkah strategik ini selari dengan hasrat organisasi untuk memastikan setiap maklumat sahih dapat disalurkan dengan lebih telus dan profesional.

Dengan pelancaran platform digital ini, DPMMPk berharap agar jaringan komunikasi antara dewan dan para usahawan di Negeri Perak dapat diperkukuh lagi, sekali gus menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi bangsa yang lebih mampan di era digital.

Semua ahli dan warga usahawan dijemput melayari portal rasmi ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan info terkini berkaitan program serta inisiatif pembangunan perniagaan yang disediakan.