MENGEMUDI KRISIS GLOBAL DAN CABARAN RANTAIAN BEKALAN DUNIA PERNIAGAAN

KUALA LUMPUR – Konflik yang berlaku di peringkat global, terutamanya di rantau Timur Tengah, hari ini bukan lagi sekadar isu geopolitik semata-mata. Sebaliknya, gangguan pada laluan perdagangan antarabangsa membawa impak langsung terhadap kos logistik, kestabilan rantaian bekalan, kenaikan harga bahan mentah, yang akhirnya mempengaruhi kos sara hidup serta harga barangan yang ditanggung oleh pengguna di peringkat domestik.

Menerusi siaran khas Podcast Utama Buletin TV3 bertajuk “Krisis Global, Apa Kesannya kepada Rakyat & Dunia Perniagaan?”, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon, bersama tokoh perniagaan tersohor yang juga pemilik rangkaian MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Mydin, telah tampil mengupas dengan mendalam mengenai cabaran krisis bekalan global serta kesannya terhadap landskap perniagaan dan pengguna tempatan.

Antara persoalan utama yang dibahaskan adalah langkah strategik dan proaktif yang perlu diambil oleh para usahawan serta pemain industri dalam mendepani ketidaktentuan rantaian bekalan serta gelombang kenaikan kos operasi semasa.

DPMMPk sentiasa menyokong usaha kepimpinan pusat dalam memberikan panduan, kesedaran, serta strategi daya tahan perniagaan demi memastikan kelangsungan usahawan Bumiputera terus terpelihara di tengah-tengah cabaran ekonomi global yang kian mencabar.

Sumber asal dipetik dan dikreditkan daripada portal rasmi pusat: dpmm.org.my

Saksikan Podcast Utama Buletin TV3 di semua platform media sosial Buletin TV3.

Link : https://www.youtube.com/live/SGGMGN-yorA?si=64kPtYWDe9RoykbM

#DPMMPK #DPMM #DewanMelayuPerak #KrisisGlobal #BuletinTV3 #RantaianBekalan #UsahawanPerak #EkonomiMalaysia #PerniagaanTempatan #Mydin #KepimpinanDPMM