Seluruh barisan kepimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) merakamkan ucapan takziah yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas pemergian isterinya yang turut merupakan Permata Negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.
Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah bukan sahaja dikenali sebagai pendamping setia kepada bekas Perdana Menteri, malah merupakan seorang ikon negara yang luar biasa. Jasa dan sumbangan besar Allahyarhamah dalam bidang perubatan (sebagai pelopor doktor wanita Melayu), kepimpinan kesihatan awam, kerja-kerja kebajikan menerusi BAKTI, serta sokongan penuh terhadap arena sukan negara akan sentiasa terpahat di dalam sejarah Malaysia.
Kehilangan seorang figura agung yang penuh berdedikasi ini amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T., diampuni segala dosa, dan ditempatkan bersama para solihin.
Al-Fatihah.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk)


